September 6, 2007

Lama Ku Tinggalkan Mu

Hahaha…lama dah nuri tinggalkan blog ni. Kemana mengihilang dan melarikan diri……

Khamis malam Nuri dah melarikan diri ke KL bukan Kuala Langat, tapi Kuala Lumpur. Kononnya takut dengar berita yg bakal melanda Johor…Alhamdulillah tiada apa2 yg terjadi. Semua kehendak dari-Nya.

Bayangkan…kereta yg Nuri bawa dari johor ke KL membawa 4 penumpang dan sebuah peti sejuk…. Alangkah gelapnya pemandangan malam tu ditutupi peti sejuk yg menghalang pandangan belakang. Harap jgnlah ditiru perbuatan tu. MERBAHAYA……

Penat dah kaki ni berjalan di KL. Shopping kompleks kat sana besar2 sgtlah…..sesuai pakai selipar ajalah…..Tapi dapat pengubat akhirnya, Nuri pergi buat THAI FOOT MASSAGE di berjaya Times Square. Syoknyer…puas hati baru RM35.00 siap dapat extra urut kepala dan bahu lagi…

Kuala Lumpur memang bandaraya untuk bershopping..tak heran kalau banyak org KL pakai barangan BRANDED….KENAPA? Coz masa SALE macam ni murah GILER…boleh cecah sampai 70%. Haloo…JB Tak dapat tau…..